Saturday 14 May 2011

...Esok hari GURU.....

   SELAMAT HARI GURU...kepada cikgu2 dan cekgi2
semoga segala ilmu yang telah dicurahkan akan digunakan
untuk kebaikan dunia & ajhirat...diberkati oleh Allah swt..


       Tema Hari Guru 2011: Guru Penjana Transformasi Pendidikan
 NegaraJika dilihat pada tema ini secara halus, maka nampak dengan
 jelas bahawa tugas guru semakin mencabar. Kerana sebagai
 penjana transformasi (perubahan) pendidikan negara, para pendidik
 perlu memikul semua perancangan pendidikan yang telah dirancang
 oleh kerajaan. Dalam erti kata lain, apa sahaja perancangan yang
 telah dirancang oleh kerajaan sebagai pembuat dasar perlu 
dilaksanakan dengan sebegitu sempurna agar apa yang tersirat
 dalam tema Hari Guru pada tahun ini dapat dicapai.











OBJEKTIF-OBJEKTIF HARI GURU
  • Menitik beratkan peranan guru dalam pembinaan
     kebangsaan (termasuk perpaduan dan integrasi
    , pembangunan negara dan perkhidmatan kepada
     masyarakat.
  • Menarik perhatian ibu bapa, murid dan orang ramai
     kepada peranan penting kaum guru dalam
     masyarakat Malaysia.
  • Memupuk perasaan perpaduan ikhtisas dan muhibbah 
    di antara guru.
  • Meninggikan martabat dan taraf guru dalam masyarakat.
  • Memberi peluang untuk memajukan kecekapan guru 
    melalui seminar-seminar, persidangan-persidangan, 
    dan sebagainya yang diadakan pada Hari Guru.
  • Menilai secara objektif peranan guru dengan berlatar
    belakangkan Malaysia dan mengambil langkah-langkah
     supaya peranan itu boleh berkesan.

    Rakan & SAHABAT  ramai yang menjadi warga pendidik
    ..saya mengambil kesempatan in untuk mengucapkan
     selamat meneruskan perjuangan bangsa melalui
    alam pendidikan..

1 comment:

  1. ...hohoho terbaik & syabas atas entry yang di paparkan..
    tabik atas peningkataan gaya & bahasa penulisan mu...
    terima kasih SAHABAT......
    atas ucapan....

    ReplyDelete