Wednesday 4 May 2011

...Cerita tender Kantin..

       Bulan lepas, ada saya masok tender kantin dikawasan saya tinggal...
kat Pasir Gudang. Punyalah ramai peniaga2  dikawasan sekitar dan bukan sekitar..
.termasuklah kwsan2 yang sewaktu dengannya..berebut2 untuk mendapatkan tender..
Yang peliknya peniaga2 besar, yang sedang dan ada tempat berniaga yang baik pun
berebut2 sama....tak cukup kot  apa yang dah ada...
      Seperti biasalah peniaga2 tu ramai terdiri dari kawan2 gak...kami orang2 meniaga
memang mempunyai hubungan yang rapat..malah ada yang dah macam adik
beradik..saling membantu..

        Kalau nak difikirkan..memang pelik juga, Apataknya, kalau ada tender2 besar
.seperti kilang yang mempunyai pekerja yang ramai...yang dapat tender , semuanya
buaya2 langgap [istilah bagi peniaga2 besar tapi bersifat nak makan sorang].
.tapi bila dapat..ada yang buat tak sampai setahun,tak dapat bertahan lama.
..Sebenarnya penemuduga2 yang terlibat dalam pemilihan pengusaha kantin ni..
terpengaruh dengan wang tunjuk yang banyak [..wang syarat dari buku simpanan sebagai
bukti kemampuan sesaorang itu untuk berniaga]..Restoran yang sedang diusahakan..
dan berbagai2 lagi helah2 peniaga2 besar ni [banyak juga yang autaa]


 Peniaga2 seperti saya sering kali diketepikan [tapi sekarang pun
 sedang mengusahakan 3 buah kantin..kantin kecil je] ..tapi ada semangat untuk
 mengembangkan lagi perniagan yang lebih besar...semangat saya disertai
dengan deretan pengalaman, sebagai pengusaha kantin yang baik dan memuaskan.
..Seperti dibawah.

  •  MSE --- 5 tahun.
  • Stesen Janakuasa Sultan Iskandar ---- 7 tahun.
  • Wonderful wire & Cable ---- 8 tahun.
  • KEMPAS  --- 5 tahun.
  • SICPA --- 3 tahun.
  • SELACO ---- 2 tahun [masih berniaga].
  • JEBAT ENGINEERING --3 tahun [masih berniaga].
  • SIMPAC MARINE --- 1 tahun lebih [masih berniaga]

     *****semuanya diuasahakan dalam tempoh 21 tahun...

         Kenapa pegawai2 kilang hanya menumpukan perhatian kepada peniaga2 besar..
malah amat berbangga..'..oo kantin saya diusahakan oleh tokeh Restoran MAKAN
SEDAP SELALU..amat terkenal kat kawasan ini...'
tapi bila diberi kepercayaan untuk berniaga,tidaklah seperti apa yang di war-war kan
semasa temuduga dengan pihak kilang...sebelumnya pihak kilang hanya
terpengaruh dengan kecantikan Restoran yang digambarkan
  bahawasanya semua orang tahu,bahwa pengusaha2 Restoran ini sudah
terkenal dengan harga makanan yang mahal [standard Restoren lah katakan]...
' ..mana mungkin mahu jual murah..kalau sudah bisa dapat wang banyak,
jual di Restoran....' kata mat2 indon...
   apabila di beri peluang  rasa tamak akan muncul...pada fikiran mereka
bermain dengan kata2..'  kalau aku jual dengan harga yang murah..lebih baik aku
cari ikan2 yang kurang berkualiti..dapat murah..jual pun murah [pasal nak untung
banyak la ni ]...pada akhirnya tinbullah komplen sana, komplen sini.
Itulah puncanya banyak peniaga2 besar gagal bila diberi peluang berniaga
dikantin2 kilang....setahun dua hilang.

    Itu pun masih ramai lagi yang tidak sedar..dan masih menerima pengusaha2 yang
datangnya dari pengusaha Restoran...untuk pedoman kepada pegawai2 kilang.[ajk kantin]
carilah pengusaha kantin yang datangnya dari kelompok2 pengusaha kantin aja.
kerana ia lebih berpengalaman dalam selok belok perniagaan begini....


         Apa yang dikatakan ini bukanlah untuk kepentingan saya..tetapi lebih untuk
membawa kesadaran kepada orang berkenaan dan terlibat dalam proses pemilihan.
Macam saya tak dapat tak pe...besok cari lagii...tidak putus asa  BEB

1 comment:

  1. .....biasalah tu bro..
    adat berniaga mesti ada persaingan...
    tapi biarlah bersaing secara sihat...
    kalau x dapat kat situ, x per..
    adalah rezeki kat tempat lain tu..

    ReplyDelete